KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 09hb Jun 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) telah dijemput untuk hadir ke pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak di Bangunan Persekutuan Negeri Perak di Ipoh Perak.

Syukur secara rasminya pihak koperasi telah menerima Laporan Pengurusan Juruaudit ke atas Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd bagi tahun kewangan 2019 dan mewakli pihak koperima menerima laporan tersebut adalah En Sharul Rahman selaku Pegerusi Koperasi dan Bendahari Koperasi Pn Samsiah Abdullah @ Ahmad.

Akaun koperasi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 kini telah diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ini adalah kali ke-2 sejak penubuhan koperasi ini pada 15hb Disember 2017 yang lalu.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi Perak Bhd. Bil 03-2020

Di dalam laporan kali ini, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mencadangkan pembayaran dividen sebanyak 10% kepada Anggota Koperasi yang berdaftar sejak awal penubuhan.

Syukur, sasaran Ahli Lembaga Koperasi untuk 10% pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2019 kepada anggota koperasi telah termakbul pada hari tersebut️.

Insyallah, Pengerusi Koperasi akan membawa usul pembayaran dividen sebanyak 10% ini pada mesyuarat agung tahunan koperasi yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat ini untuk kelulusan anggota.

Beruntung sangat siapa yang menjadi anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kerana berkat keyakinan dan sokonga semua maka dapatlah bayaran dividen sebanyaj 10% itu nanti.

Pada tahun 2020 ini pelbagai aktiviti ekonomi telah dirancang dan diterokai. Ahli Lembaga sedaya upayanya akan memastikan dividen bagi tahun kewangan 2020 tidak kurang dari 10% juga seperti tahun 2019 atau lebih sehingga 15%.

Jadi jomlah semua warga Perak kita daftar sebagai anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Tak rugi.. ummah dijaga, ekonomi meningkat simpanan pula terjamin.. paling best pulangan dividen yang tinggi!

Sama-sama kita nikmati! Insyallah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..”

En. Shahrul Izam Bin Mustapha
Pemangku Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.