KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 06hb Jun 2020 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.03/2020 bagi sesi tahun 2019/2020 di Board Room Casuarina @ Meru Hotel Ipoh Perak.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Persatuan diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2020 ini.
Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perbincangan Projek Usahasama Pembekalan Buah Strawberry
Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Pn. Samsiah Binti Abdullah @ Ahmad
Bendahari merangkap Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI