PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 3hb April 2022 yang lalu, Bazar Ramadhan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak kini secara rasmi telah beroperasi di Taman Temara Ipoh Perak bersamaan dengan 1 Ramadhan yang telah menjelma tempoh hari.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Persiapan Bazar Ramadhan Taman Temara Anjuran PUBI Perak

Syukur Alhamdulillah sebanyak 24 buah khemah telah didirikan di sepanjang tapak bazar tersebut yang mana melibatkan lebih 50 tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan bersama Penolong Setiausaha PUBI Perak iaitu Pn Zuraida dan Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah hadir sewaktu pembukaan bazar ramadhan ini serta memastikan kelancaran hari pertama pembuakaan bazar ini termasuk mengawal lalu lintas agar lancar.

Pada hari yang sama juga, Penolong Setiausaha Persatuan, Pn Zuraida dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah mengedarkan lesen perniagaan sementara bazar ramadhan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada ke semua peniaga di bazar ramadhan ini.

Untuk makluman semua, Bazar Ramadhan Taman Temara anjuran PUBI Perak pada tahun 2022 ini menyaksikan seramai hampir 30 orang peniaga telah berjaya mendapat lesen perniagaan masing-masing dan telah memulakan perniagaan 1 Ramadhan tahun ini.

Penolong Setiausaha Persatuan, Pn Zuraida dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah mengedarkan lesen perniagaan sementara bazar ramadhan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada ke semua peniaga di bazar ramadhan Taman Temara.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada ramadhan kali ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadhan di bawah Majlis Bandara Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak