PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 12hb April 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput oleh Sekretariat Keusahawanan Negeri Perak (STeP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menghadiri ke Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pembukaan Bazar Ramadhan Taman Temara Anjuran PUBI Perak
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke program ini adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak, En. Haizul Fakarudi selaku Setiausaha Kehormat merangkap Naib Pengerusi PUBI Perak dan Bendahari Kehormat Persatuan iaitu En Mohammad Nafis.
Tetamu kehormat pada program ini adalah Menteri Perak Negeri Perak iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Saarani Mohamed, Datuk Bandar Ipoh, Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi Baharin serta ketua-ketua serta Pengarah-penagarah Jabatan termasuk CEO-CEO GLC Negeri Perak.
Untuk makluman semua, pada program yang berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak ini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diwakili oleh En. Sharul Rahman telah menerima Sumbangan SSM Prihatin daripada YAB Menteri Besar Perak iaitu YAB Saarani Mohamed.
Sumbangan SSM Prihatin ini adalah bertujuan bagi melaksanakan program-progran keusahawanan terutamanya untuk membantu golongan usahawan asnaf serta ibu tunggal yang bernaung dibawah Persatuan.
Turut menyaksikan serahan sumbangan SSM Prihatin ini adalah Pengarah Negeri SSM Perak En. Mohd Arif Hamzah dan Pengarah Sekreteriat Keusahawanab Negeri Perak (STeP) En Mohamad Rozlan Mohamad Razalli serta wakil daripada pihak PUBI Perak iaitu En Haizul Fakaruddin selaku Naib Pengerusi dan Setiausaha Persatuan serta En Mohammad Nafis selaku Bendahari Kehormat persatuan.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya, hasrat PUBI Perak untuk menjayakan program keusahawanan serta membantu golongan masyarakat yang memerlukan kini dipermudahkan dengan adanya dana yang diberikan oleh pihak SSM Negeri Perak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang banyak membantu sektor keusahawanan di Negeri Perak disamping menjayakan aktiviti kemasyarakatan di bandaraya Ipoh ini terutamanya.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI