INFO – PAKEJ 5G RAHMAH, PEMBELIAN TELEFON RM120 UNTUK B40

Pada 7 Ogos yang lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet terlajak murah berbanding pakej sedia ada di pasaran! Jom ketahui lebih lanjut tentang Pakej 5G Rahmah terbaru oleh Kerajaan.

PENGENALAN PAKEJ 5G RAHMAH

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Renew Lesen Memandu Online (Myjpj / Mysikap)

Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

BEBERAPA INFO MENGENAI PAKEJ INI:

  • Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
  • Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini.

TARIKH PEMBELIAN / PENDAFTARAN

Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.

CARA PERMOHONAN / PENDAFTARAN PAKEJ 5G RAHMAH

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.

ATAU

Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Digital dipautan https://www.kkd.gov.my/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS