PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 15hb Februari 2024 yang lalu telah berlangsung operasi menggantung banner pembukaan tapak Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Lawatan Tapak Ke Bazar Ramadan Bersama Ahli Majlis MBI

Banner telah digantung di kawasan strategik sekitar tapak bazar ramadan anjuran PUBI Perak iaitu di Station 18 (perkarangan AEON Ipoh Station 18).

Untuk makluman semua, pihak MBI pada tahun ini telah melantik PUBI Perak sebagai penganjur / urusetia bazar ramadan bagi Bazar Ramadan Station 18 dan juga Bazar Ramadan Taman Temara Oleh yang demikian, kepada mereka yang berminat untuk memohon boleh terlebih dahulu menyediakan dokumen-dokumen berikut dan datang terus ke Pejabat (Walk-in) untuk mengambil borang secara PERCUMA atau dengan mengisi terus borang Permohonan Tuan/Puan di Pejabat kami.

Dokumen yang diperlukan SEWAKTU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN adalah;

  • 2x Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Pelesen
  • 2x Salinan Kad Suntikan Anti Typhoid
  • 2x Salinan Sijil Pengendalian Makanan (KKM)
  • 1x Keping Gambar Berukuran Passport

Bayaran Tapak Seperti Yang Dinyatakan (TUNAI) Untuk pembayaran sewaan tapak, termasuk lesen perniagaan dan pengurusan yang dikenakan adalah seperti berikut;

  • Taman Temara : RM650 (Tapak 10×20) / RM1,300 (Tapak 20×20)
  • Station 18 : RM600 (Tapak 10×20) / RM1,200 (Tapak 20×20)

Pihak PUBI Perak mengenakan ada mengenakan Deposit pembersihan tapak sebanyak RM100 untuk seorang peniaga / pelesen.

Adalah diingatkan kepada peniaga yang ingin memohon agar membawa bersama salinan asal setiap dokumen yang dinyatakan di atas untuk pengesahan penganjur semasa menghantar borang permohonan ini.

Para peniaga diingatkan juga untuk menghantar borang Permohonan ini sebelum atau pada 11hb Mac 2023 ini.

• UNTUK PERTANYAAN, SILA HUBUNGI 019-577 3924 ATAU 011-5185 0661. • ALAMAT PEJABAT: NO.83A MEDAN STESEN 18, STATION 18, IPOH PERAK. (ATAS PASARAYA SAKAN STATION 18) Untuk Pertanyaan –> www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadan | www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadan 

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak