PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 13hb Februari 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke tapak bazar ramadan anjuran PUBI Perak di lokasi Taman Temara, Ipoh Perak bersama Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Ybrs Clr Ahmad Farid Walit.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Lawatan Tapak Ke Bazar Ramadan Bersama Pembekal Khemah
Sesi lawatan tapak ini telah turut disertai oleh Pengerusi PUBI Perak bersama AJK PUBI Perak iaitu En Khairul berserta beberapa wakil peniaga bazar ramadan di Taman Temara ini.
Tujuan lawatan tapak ini adalah mendapatkan maklum balas serta aduan peniaga-peniaga yang berniaga di sini bagi tujuan penambahbaikan dan keselesaan peniaga pada masa hadapan.
Alhamdulillah, Ybrs Clr Ahmad Farid Walit telah mengambil maklum tentang maklum balas serta aduan yang telah dikemukakan dan beliau akan berusaha untuk membantu mengatasi berkaitan perkara tersebut agar dapat diseselaikan seberapa segera.
Untuk makluman semua Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh bagi menganjurkan aktiviti Bazar Ramadan di bandar Ipoh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
Dijangka sebanyak 60 buah tapak perniagaan bazar ramadan akan disediakan di lokasi Bazar Ramadan Taman Temara dan sebanyak 30 buah tapak bazar ramadan akan disediakan di lokasi Bazar Ramadan Station 18.
Ini akan membuka peluang kepada hampir 90 orang peniaga yang akan menjalankan perniagaan bersempena dengan Bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama ini.
Dijangka seramai lebih 1,000 pengunjung akan singgah ke bazar-bazar ramadan ini bagi membeli-belah juadah-juadah berbuka puasa yang lazat serta menyelerakan.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dipermudahkan olehNya serta memberi manfaat kepada semua penduduk dan peniaga di sekitar kawasan ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar penganjuran bazar ramadan di bawah MBI tahun ini berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan juga para peniaga.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #BazarRamadan2024 #MajlisBandarayaIpoh
KOMEN TERKINI