
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 21hb Disember 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri ke Mesyuarat Pemantauan Program PEKB Tahun 2022 (Bil-01/2022) bagi membincangkan aktiviti pemantauan bagi Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kunjung Hormat Bertemu Datuk Bandar Ipoh
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Shahrunaim bin Radzali selaku Timbalan Setiausaha Bahagian (Bahagian Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Lazuli, Aras 5, Kementerian yang bertempat di Putrajaya.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke mesyuarat ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman dan Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.
Objektif utama mesyuarat yang diadakan ini adalah untuk membincangkan tatacara pelaksanaan pemantauan serta kaedah pelaksaan yang ditetapkan bagi memastikan peserta-peserta yang telah dilatih oleh NGO dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM600.00 sebulan bermula bulan Julai 2022 yang lalu.
Untuk makluman semua, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik sebagai salah sebuah NGO bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2022 bersama dengan 32 buah persatuan lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara.
Seramai 45 orang peserta telah diberikan latihan yang intensif oleh pihak persatuan sebelum ini dan kini mereka telah menjalankan perniagaan masing-masing dengan pantauan dan sokongan tambahan oleh NGO yang terpilih ini.

Syukur juga ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi melaksanakan program yang bakal membantu masyarakat meningkatkan ekonomi terutamanya golongan yang terjejas ekoran pandemik covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat Malaysia.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI