KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 19hb Januari 2023 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah program yang julung kali dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd iaitu Sesi Temu Rapat di antara Pihak Pengurusan KOPUBI Perak Bhd dan Staf Kantin di bawah seliaan KOPUBI yang berkhidmat serta menjalankan perniagaan perusahaan kantin yang dimiliki oleh KOPUBI.

Sesi Temu Rapat ini melibatkan sesi suai kenal dari hati ke hati di antara Ahli Lembaga Koperasi dan staf pengurusan serta staf sokongan kantin SMK Bercham. Program ini telah berlangsung ruang makan Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham lebih 10 orang termasuk Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman.

Hadir ke program ini adalah Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap setiausaha koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi En Firdaus dan juga Penolong Setiausaha/Bendahari iaitu Pn Zuraida.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi

Staf-staf KOPUBI Perak Bhd yang hadir pada program ini telah mendapat pencerahan berkaitan hala tuju serta matlamat KOPUBI Perak Bhd dalam usaha menjadi salah sebuah Koperasi yang berdaya maju di Negeri Perak ini disamping memahami konsep ‘Perniagaan Koperasi’.

Alhamdulillah melalui program ini juga, gerakan koperasi dan serta uhkwah dapat dieratkan serta diperkukuhkan demi pembangunan ekonomi yang mampan serta berdaya maju.

KOPUBI Perak Bhd akan sentiasa menjalankan aktiviti serta menfokuskan segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak serta melibatkan anggota sebagai salah satu strategi yang mampan.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi