KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 11hb April 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Operasi J&T Express Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak ini adalah julong kali diadakan dan tidak dapat dibuat sebelum ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan.
Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi dan turut dihadiri oleh Bendahari KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Shams.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi Perak Bhd. Bil 01-2021
Mesyuarat yang dijangka diadakan setiap bulan akan membincangkan hal ehwal pengurusan serta operasi PCP J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Bota Perak.
Mesyuarat ini membincangkan banyak perkara termasuk hal ehwal pengurusan operasi perkhidmatan penghantaran ekspress serta kaedah untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan ini.
Mesyuarat yang berlangsung ini telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh dua orang Pembantu Khidmat Pelanggan yang sangat komited untuk membangunkan serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di seluruh bandar di Negeri Perak ini.
Didoakan agar dipermudahkan segala urusan operasi PCP J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd ini yang mana sedang dalam usaha untuk menjayakan misi & visi koperasi untuk membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI