PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 20hb Mei 2020 yang lalu, Team Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dan juga Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) telah mengadakan program kebajikan iaitu Program Jelajah Kasih Kumpulan PUBI 2020.
AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Edaran Bubur Lambok Kumpulan PUBI
Melalui program ini, Ahli Jawatankuasa dan Ahli Lembaga yang terlibat telah mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan makanan kepada bebrapa Pertubuhan Kebajikan dan rumah Anak-Anak Yatim serta miskin di sekitar Bandaraya Ipoh.
Untuk pengetahuan semua, sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan Program ‘Iftar Delivery Kasih 2020’ anjuran bersama 3 buah entiti di bawah Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).
Alhamdulillah, seharian pasukan ini telah berjaya menguruskan sumbangan ini kepada 5 buah rumah kebajikan anak-anak yatim dan miskin yang telah terpilih seperti berikut:
- Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak.
- Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato, Manjoi, Ipoh, Perak.
- Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ar-Ridwani, 22-22A, Jalan Manjoi, Taman Pari, Ipoh, Perak.
- Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, No. 33581-B, Jalan Ipoh – Chemor, Batu 9, Chemor, Perak.
- Darul Hikmah Anak anak Yatim, Gopeng, Perak.
Alhamdulillah, semua bantuan telah disampaikan dari pagi hinggalah ke petang tadi oleh saya dan teman-teman seperjuangan daripada Kumpulan PUBI Perak yang sangat komited serta bersemangat selalu.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para dermawan yang menyumbang wang ringgit untuk menjayakan program ini. Amanah dan hasrat anda telah kami laksanakan.
Semoga ganjaran yang berlipat ganda akan diberikan kepada anda oleh yang Maha Esa dan didoakan agar diluaskan rezeki hendaknya.
Aminn ya rabbal alamin.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
Pn. Norhuda Abd Razak
Ketua JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak
KOMEN TERKINI