
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini, sebagai salah sebuah entiti yang berintegriti dan beramanah di Negeri Perak ini, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiganya pada 07hb November 2021 yang lalu secara di atas talian menggunakan platform google meet.
Alhamdulillah, di atas faktor keselamatan dan terikat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI Perak Bhd dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dan berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang sedia ada.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-3 ini buat julung kalinya diadakan secara tidak bersemuka ini telah berjaya dihadiri oleh 2/3 daripada anggota yang berdaftar sehingga 31hb Oktober 2021 yang lalu dari pelbagai latar belakang dan juga perniagaan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Temuduga Jawatan Kosong KOPUBI Perak Bhd.
En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah merasmikan mesyuarat agung tahunan ini dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Syukur dengan izinnya, walau di dalam keadaan sukar dan getir pada waktu pandemik, KOPUBI Perak Bhd berjaya bertahan dan mampu meneruskan perniagaan di dalam keadaaan seadanya serta berkeupayaan menjana pendapatan pada kadar minima.
Ahli Lembaga Koperasi juga telah mengusulkan pada mesyuarat agung ini pembayaran dividen koperasi bagi tahun 2020 adalah sebanyak 3% dan serta tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan anggota koperasi yang hadir telah meluluskan cadangan tersebut.
Pada mesyuarat tersebut juga beberapa pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dan Aturan berjaya dibentangkan dan telah diluluskan sebulat suara oleh Anggota Koperasi termasuklah beberapa usul yang melibatkan keanggotaan anggota koperasi.

Mesyuarat Agung Tahunan seterusnya berlangsung dengan upacara pemilihan Ahli Lembaga yang baharu bagi sesi 2021-22 dan juga pelantingan juruaudit dalaman koperasi serta Ahli Jawatankuasa penentusah draf minit mesyuarat agung koperasi bagi sesi seterusnya.
Alhamdulillah, pelantikan tersebut semuanya berjaya dibuat dengan teratur dan saksama mengikut peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi serta mematahui peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan.
Syukur, 3 orang anggota lembaga yang digugurkan telah menang tanpa bertanding seterusnya dilantik sebagai ahli lembaga bagi sesi 2021/22 dan meraka adalah Tuan Sharul Rahman, Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal dan juga mantan Ahli Lembaga KOPUBI tahun 2017 yang dilantik semula iaitu Saudara Haizul Fakarudin.
Manakala bagi Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pula, seramai 6 orang anggota telah dipilih dan menang tanpa bertanding iaitu:
1. En. Muhamad bin Abu Bakar
2. Pn. Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi
3. En. Mohamad Firdaus bin Mansor
4. Pn. Jamaliah binti Md Yatim
5. En. Mohamad Aimran bin Roslan
6. En. Mohamad Firdaus bin Ali
Bagi Jawatankuasa Juruaudit Dalaman Koperasi pula seramai 3 orang anggota telah dipilih dan menang tanpa bertanding iaitu;
1. En. Mohd Fadzri bin Mohd Zaini
2. En. Noor Azmy bin Zainuddin
3. Tuan Syed Aznil bin Syed Akmal Beg
Seterusnya En. Sharul Rahman selaku pengerusi mesyuarat agung tahunan juga mengumumkan untuk mengekalkan En. Tuan Ishafain Bin Mustafha selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan KOPUBI Perak Bhd bagi sesi 2021/22 akan datang ini.
Semoga dengan perbentukan struktur organisai KOPUBI Perak Bhd yang baharu bagi sesi 2021/22 ini akan memantapkan lagi pengurusan koperasi serta akan membawa koperasi ini ke peringkat yang lebih tinggi disamping menjadi sebuah koperasi yang kompiten dan memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan disamping mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Anggota yang telah dilantik dan juga ucapan setinggi terima kasih kepada seluruh anggota yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd Kali ke-3 yang telah berlangsung secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.
Sama-samalah kita mendoakan agar usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Yakinlah bahawa, KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI