PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada bermula pada 19hb Oktober 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Komuniti untuk menyertai sebuah program yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian iaitu Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Ajk Induk PUBI Perak Bil – 03/2022
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada program ini telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En. Sharul Rahman serta telah dibantu oleh Bendahari PUBI iaitu Saudara Mohammad Nafis.
Seramai 3 orang peserta daripada program yang telah diselia oleh PUBI Perak sejak 2021 yang lalu turut mewakili PUBI Perak menyertai program yang julong kali dianjurkan oleh Pihak Kementerian ini.
Melalui penyertaan programl ini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mempekenalkan produk-produk usahawan di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2021 dan juga 2022.
Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia yang berlangsung ini telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri oleh Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Malaysia.
Program ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana telah mempamerkan aset-aset milik jabatan ini serta mengadakan demonstrasi memadam kebakaran.
Alhamdulillah, program yang berlangsung ini telah berjalan dengan lancar serta telah berjaya memperkenalkan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) kepada masyarakat umum sebagai salah sebuah NGO yang kompeten serta konsisten di dalam usaha membangunkan usahawan melalui program-program yang telah dijalankan.
Syukur juga ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi menyertai program berskala besar ini serta di dalam masa yang sama dapat membantu masyarakat meningkatkan ekonomi terutamanya golongan yang terjejas ekoran pandemik covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat Malaysia.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk menyertai karnival ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramPEKB #KarnivalJomBeliRumah #PEKB2021
KOMEN TERKINI