KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Julai 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan Ahli Majlis Kumpulan PUBI kepada 22 orang ahli majlis yang telah terpilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd baru-baru ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 02/2022

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu telah berlangsung pada Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI Kali Kedua yang telah berlangsung M Roof Hotel & Residence, Ipoh Perak.

Pada majlis tersebut, En Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI diiringi oleh Tuan Shahrul Izam bin Mustapha sangat berbesar hati untuk menyerahkan sijil watikah pelantikan kepada ke semua Ahli Majlis Kumpulan PUBI yang hadir pada masjli tersebut.

Senarai penerima Watikah Pelantikan Ahli Majlis Kumpulan PUBI berserta jawatan mereka adalah seperti berikut;

MAJLIS TERTINGGI :

Pengerusi : En Sharul Baha (PUBI/KOPUBI)
Timbalan Pengerusi 1 : En Shahrul Izam (PUBI)
Timbalan Pengerusi 2 : En Haizul Fakarudin (KOPUBI)
Naib Pengerusi : Pn Samsiah (PUBI)
Setiausaha : En Haizul Fakarudin (PUBI/KOPUBI)
Penolong Setiausaha : Pn Zuraida (PUBI/KOPUBI)
Bendahari 1 : En Mohammad Nafis (PUBI)
Bendahari 2 : Pn Samsiah (KOPUBI)
Penolong Bendahari 1 : Pn Norhuda (PUBI)
Penolong Bendahari 2 : Pn Zuraida (KOPUBI)

AHLI JAWATANKUASA INDUK PUBI :

1. Pn Jamaliah (Ketua AJK)
2. En Muhamad Farhan (Unit Media)
3. En Khairul Akmal (Unit Logistik)
4. Pn Nor Azlina (Unit Hadiah dan Cendramata)
5. En. Mohamad Firdaus (Mansor) (Unit Logistik)

AHLI LEMBAGA KOPUBI :

1. En Shahrul Izam (Ketua Biro)
2. Pn Norhuda (Unit Kebajikan)
3. En Khairul Akmal (Unit Ekonomi)
4. En. Razali (Unit Ekonomi)
5. En. Noor Azmy (Unit Keanggotaan)

JURUAUDIT DALAMAN;

1. Pn Yusniyati (PUBI)
2. En Mohd Ridzuan (PUBI)
3. Pn Jamaliah (KOPUBI)
4. Pn Nor Azlina (KOPUBI)
5. En. Mohamad Firdaus (Mansor) (KOPUBI)

PENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI (KOPUBI);

1. En Haizul Fakarudin (Ketua)
2. Pn Zuraida (Pen. Ketua)
3. Pn. Norhuda
4. En. Khairul Akmal
5. En. Mohammad Nafis
6. En. Mohamad Aimran
7. En. Mohamad Firdaus (Ali)
8. Ust. Muhamad
9. Pn. Aina Rozanna
10. Cik Safirah Nurafiqah
Penasihat : En Sharul Baha

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIHAN (KOPUBI);

1. En Ishafarin (Pengerusi)
2. En. Sharul Baha bin Abd Rahman
3. En. Haizul Fakarudin Bin Mohamed Redzuan

Setinggi tahniah diucapkan kepada ke seluruh barisan Ahli Majlis Kumpulan PUBI yang telah menerima watikah pelantikan masing-masing dan diharapkan dengan pelantikan ini akan memantapkan kedua-dua buah entiti yang bernaung di bawah Kumpulan PUBI iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia