KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 12hb Jun 2022 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menerima jemputan oleh Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku Timbalan presiden ANGKASA ke satu Majlis Makan Malam Santai bersama beliau. Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke majlis ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Haizul Fakarudin.

Turut hadir pada majlis ini adalah barisan pimpinan ANGKASA Malaysia dan juga Pengerusi-pengerusi Koperasi yang aktif di Bandaraya Ipoh ini. Alhamdulillah melalui program ini, gerakan koperasi dan serta uhkwah dapat dieratkan serta diperkukuhkan demi pembangunan ekonomi yang mampan serta berdaya maju.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-4

KOPUBI Perak Bhd akan sentiasa memberi sokongan kepada segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak ini terutamanya gerak kerja yang diusahakan oleh ANGKASA Malaysia. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia