KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 16hb Julai 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu Kursus Galakan Pelaburan Dan Pemasaran Jagung bertempat di D’village Hotel @ Victoria Bridge Karai, Kuala Kangsar, Perak.

Kursus dengan kerjasama FAMA melalui Program Pendidikan Pemasaran FAMA ini telah berlangsung dengan jayanya telah dihadiri oleh hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak. Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah dan seorang Ahli Lembaga iaitu En Khairul Akmal.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Majlis Makan Malam Santai Bersama Timbalan Presiden ANGKASA

Kursus ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan (Pembangunan Modal Insan) Suruhanjaya Koperasi Negeri Perak iaitu Pn. Habibah binti Sulaiman. Alhamdulilah, peserta yang hadir telah menimba ilmu dengan banyak sekali dan boleh mempraktik ilmu-ilmu tersebut di dalam usaha meningkatkan pendapatan koperasi melalui penanaman jagung.

Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negara kita yang tercinta ini. Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia