PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 22hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri serta berkolabrasi bagi menjayakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sahabat OKU Perak 2022 yang telah berlangsung di Ayubella Wedding & Events (Kompleks Pernama Ipoh).
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PUBI Bil 02-2022
Alhamdulillah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bersama beberapa persatuan lain telah menjayakan majlis ini disamping meraikan golongan kelainan upaya (OKU) pada majlis yang sangat meriah serta sederhana.
Menghadiri majlis ini bagi mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah Tuan Pengerusi, En Sharul Rahman serta Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin dan beberapa Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang lain iaitu Pn Zuraida Zulkepli merangkan Penolong Setiausaha Persatuan, Pn Jamaliah Md Yatim dan En Khairul Akmal.
Pada majlis ini Presiden Sahabat OKU Perak En Dany Azli telah membuat ucapan pembukaan serta mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan OKU serta NGO yang hadir bagi memeriahkan majlis yang julong kali diadakan selepas pandemik Covid-19 ini.
Turut hadir bersama adalah Timbalan beliau iaitu Muhamad Firdaus Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa serta penyelaras majlis ini iaitu En Bob Mahzan.
Untuk makluman semua, Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak (SAHABAT OKU PERAK) adalah sebuah persatuan yang membela nasib serta memperjuangkan kebajikan golongan OKU di Negeri Perak ini secara amnya.
Seterusnya En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan nombor bertuah untuk 10 sahabat OKU yang hadir serta menyampaikan hadiah kepada mereka yang berjaya memenangi cabutan bertuah tersebut.
Antara persatuan lain-lain yang turut berkolabrasi bagi menjayakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sahabat OKU Perak 2022 adalah Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Negeri Perak, Persatuan Boling Tenpin Para Negeri Perak dan Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Terima kasih juga kepada penyedia lokasi majlis yang mesra OKU iaitu Ayubella Wedding & Events serta persembahan live oleh Warisan Studio Buskers.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI