KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama bersama syarikat penghantaran ekspress ternama di negara kita iaitu J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi pembukaan sebuah ‘Premium Courier Point’ di Bandar Seri Iskandar Perak.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan juga Bendahari Koperasi iaitu Pn. Shams dan telah disaksikan oleh dua Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Helmi Pn Lynn serta seorang wakil daripada Pihak J&T Ekspress iaitu Mr. Jeff selaku elaku Business Development Executive J&T Eskpress Malaysia.

Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Tandatangan Perjanjian Sewaan Premis Di Seri Iskandar Perak

Premis berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan utama bagi tujuan operasi pekhidmatan ekspress tersebut dan dijangka proses pengubah suaian bangunan akan dijalankan tidak lama lagi.

Dengan ini secara rasminya Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd akan melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen di bawah jenama J&T Malaysia setelah usahasama tersebut berjaya dimeterai serta dijalinkan melalui perjanjian ini.

Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..