
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 27hb Disember 2019 yang lalu telah berlangsung sesl temuduga bagi kerjaya Eksekutif Pemasaran Koperasi yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.
Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.
KELEBIHAN EKSEKUTIF PEMASARAN KOPERASI;
1) Gaji yang lumayan
2) Waktu kerja yang fleksible
3) Latihan disediakan
4) Bonus tahunan yang lumayan
5) Anugerah pengiktirafan serta trip melancong percuma
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN;
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun
3) Terbuka kepada semua bangsa
4) Berpengalaman didalam bidang pemasaran, takaful, agen cookoo, coway, MLM adalah keutamaan
5) Mempunyai sifat ingin belajar dan sedia menerima teguran
6) Jujur dan amanah
7) Boleh bekerja tanpa pengawasan
8) Berdaya saing dan sentiasa ingin memajukan diri
Jika anda yang kami cari, Sila klik link ini untuk memohon –>

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 05-322 3924 atau 011-6568 3924. Diharapkan kita semua memperoleh kejayaan dan manfaat daripada apa yang ditawarkan ini.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.
Insyallah.. 🤲
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.
Tuan Kudus Alie Novel Mohamat Yunus
Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.
KOMEN TERKINI