PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Pada 12hb Jun 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar telah menganjurkan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2022.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Hari Terbuka Agensi Usahawan Perak Dan Potluck 2022
Program tersebut telah dijadualkan dan dirangcang untuk berlangsung selama 7 hari bertempat di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak dan telah disertai oleh peserta dari negeri Perak dan Pulau Pinang.
Ahlamdulillah, pada hari tersebut seawal jam 8 pagi, seramai 45 orang peserta yang telah terpilih bagi program tahun ini telah menghadirkan diri pada hari pendaftaran yang diadakan di tingkat 11 Tower Regency Hotel and Residence, Ipoh Perak.
Peserta-peserta yang hadir pada hari pendaftaran tersebut adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaftar dengan e-Kasih yang mana mereka telah terpilih untuk menyertai kursus anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) selama 7 hari ini.
Melalui kursus yang ditawarkan ini, mereka akan diberi latihan dan praktikal mengikut bidang kursus yang telah disediakan dan dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka bagi maksud mencapai matlamat program yang telah ditetapkan.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan keutamaan diberikan kepada warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai ‘miskin bandar’ serta golongan B40.
Kursus yang telah ditawarkan pada tahun ini adalah 2 bidang yang berbeza iaitu yang pertama Kursus Perkhidmatan Pembaikan Telefon Bimbit dan Kursus Pembuatan Kuih Muih Sejuk Beku.
Untuk makluman semua juga, matlamat utama Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun Tahun 2021 ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
Melalui kursus ini, para peserta yang terpilih telah mempelajari banyak ilmu keusahawan dan kemahiran serta perkara penting untuk meningkatkan jati diri serta mengubah cara berfikir untuk maju di dalam dunia keusahawanan.
Alhamdulillah, kursus ini telah bermula dengan jayanya dan para peserta bakal menerima Sijil Penyertaan selepas tamat kursus ini dan dijangka Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato’ Muhammad bin Musa akan hadir pada satu Majlis Penutup yang penuh gilang gemilang.
Di sini juga, pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) buat kali ke-2 bagi melaksanakan program ini di bawah pihak kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI