PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 25hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Kursus Asas Pemasaran Berkesan (Siri-3) kepada Peserta-peserta penerima Tabung Usahawan di bawah selian Yayasan Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Marketing Power
Objektif utama kursus yang dianjurkan ini adalah memberi pendedahan tentang teknik asas pemasaran yang berkesan secara di dalam talian mahupun secara offline selaras dengan perkembangan industri pemasaran semasa yang kian berkembang buat masa ini.
Justeru itu PUBI Perak telah diberi peluang oleh Yayasan Perak bagi menganjurkan sebuah kursus asas pemasaran berkesan ini, bagi melengkapkan ilmu berkaitan pemasaran kepada peserta-peserta di kalangan usahawan yang telah menerima bantuan tabung usahawan daripada agensi ini
Melalui kursus ini, ilmu pengetahuan tentang asas pemasaran yang berkesan telah dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama memberikan kesedaran semasa kepada golongan ini.
Kursus ini juga merangkumi pelbagai bahagian pemasaran yang terkini di mana para peserta didedahkan dengan topik Pemasaran Berkesan oleh salah seorang penceramah yang diiktiraf oleh Malaysia Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.
Penceramah yang dimaksudkan adalah En. Firdaus Ali yang telah berkongsi teknik-teknik pemasaran berkesan kepada para peserta yang hadir.
Antara topik-topik yang telah diajar kepada peserta di sewaktu kursus ini berlangsung adalah Sosial Media Marketing, Digital Marketing dan juga
Google Business Marketing.
Peserta juga sangat beruntung kerana kursus ini juga telah melibatkan Sekretariat Keusahawanan Negeri Perak (STeP) di mana wakli daripada agensi kerajaan ini telah hadir untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan keusahawanan di Negeri Perak ini.
Alhamdulillah, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dan para peserta telah menerima Sijil Penyertaan daripada wakil pihak Yayasan Perak.
Terima kasih kepada pihak Yayasan Perak yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk menganjurkan kursus ini.
Semoga kursus ini memberi impak yang besar kepada peserta yang hadir serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI