KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 9hb September 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah menerima kunjungan hormat dari pengasas laman web www.lokien.com iaitu En. Mohd Zaidi bagi membincangkan usahasama strategik yang bersesuaian di antara PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.

Menerima kunjungan tersebut di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd. adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul serta 2 orang ahli lembaga koperasi iaitu En. Helmi dan Pn. Noorzalina.

Laman web www.lokien.com adalah salah satu platform e-dagang / market place yang dibangunkan oleh anak muda kelahiran bandar ipoh bagi penjualan produk-produk Preloved, barang-barang lama, terpakai serta vintage.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Tapak Cadangan Premis Cawangan Kopubi Dan J&T Ekspress

Konsep e-dagang ini adalah inspirasi daripada sebuah pasar karat yang terkenal di bandar ipoh iaitu ‘lokien’ yang beroperasi setiap ahad serta mendapat sambutan dari penduduk setempat termasuklah pelancong.

Banyak perkara yang telah dibincangkan dan kami sangat berharap ada kerjasama startegik yang bersesuaian dapat dilaksanakan oleh kedua-dua pihak ini.

Semoga usaha ini diberkati dan memberi impak yang sangat positif kepada pembangunan usahawan serta ekonomi di bandaraya ipoh secara khususnya dan di peringkat negeri secara amnya.

Insyallah..