
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 3hb September 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah membuka semua operasi Pasar Malam PUBI Perak di Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak.
Alhamdulillah, susulan dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini yang telah membenarkan semula aktiviti ekonomi iaitu operasi pasar malam diadakan dengan syarat SOP yang telah ditetapkan dan diketahui oleh umum.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Persediaan Pembukaan Semula Pasar Malam Pubi Perak (Pinji Mewah)
Pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengambil maklum dan melihat kepada situasi Covid-19 yang semakin terkawal masa kini maka kami telah memutuskan untuk membuka semula operasi Pasar Malam anjuran kami secara berperingkat dengan dimulai dengan pembukaan semula operasi Pasar Malam PUBI Perak di Bandar Seri Botani sebelum ini.
Syukur, sambutan pengunjung ke pasar malam ini pada hari pertama pembukaan tersebut adalah sangat menggalakkan dan peniaga sangat gembira kerana jualan sangat laris.
PUBI Perak ingin mengambil keempatan untuk menjemput penduduk di kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai yang akan dibuka setiap hari khamis setiap minggu dan memberi sokongan padu kepada peniaga-peniaga yang telah kehilangan punca pendapatan susulan penularan wabak covid-19 di negara kita baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, pengunjung yang ingin berkunjung ke pasar malam ini haruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pihak persatuan berharap para pengunjung dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan ini dan bantulah kami menaikkan semula sektor perniagaan pasar malam yang telah menguncup buat masa ini.
Dengan bantuan daripada anda semua, aktiviti ekonomi ini akan berjalan dengan rancak semula dan para peniaga akan dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka pada era pasca pandemik covid-19 ini.
Sokongan daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Berbelanjalah di pasar malam kami disamping mendapat keperluan harian yang bermanfaat dan berguna untuk keluarga anda semua.
Insyallah..
KOMEN TERKINI