KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 9hb September 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah menerima kunjungan hormat dari pengasas laman web www.lokien.com iaitu En. Mohd Zaidi bagi membincangkan usahasama strategik yang bersesuaian di antara PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.
Menerima kunjungan tersebut di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd. adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul serta 2 orang ahli lembaga koperasi iaitu En. Helmi dan Pn. Noorzalina.
Laman web www.lokien.com adalah salah satu platform e-dagang / market place yang dibangunkan oleh anak muda kelahiran bandar ipoh bagi penjualan produk-produk Preloved, barang-barang lama, terpakai serta vintage.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI