PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Pada 21hb Julai 2019 yang lalu. Buat julong kalinya, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi bagi membantu usahawan dan bakal usahawan yang ingin memajukan perniagaan masing-masing iaitu Bengkel Branding & The Biz dengan kerjasama syarikat Impact Media & Communications Sdn Bhd.

Bengkel yang sangat bermanfaat ini dijalankan bagi membantu Usahawan Kecil mahupun besar meningkatkan jualan masing-masing melalui penjenamaan atau branding.

Semua sedia maklum bahawa branding memainkan peranan tersendiri di dalam dunia perniagaan sehingga orang sanggup berbelanja BESAR untuk produk mereka.

Brand yang ingin kita bina tidak akan bangun dan berdiri dengan sendirinya, ia memerlukan ilmu pengetahuan serta kaedah tertentu.

Kaedah yang dimaksudkan ini jika tersilap langkah akan menyebabkan kerugian melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga.

Oleh yang demikian, PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO yang prihatin telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bengkel ini demi mendidik serta memberi ilmu pengetahuan kepada peserta yang hadir.

Alhamdulillah, peserta sangat berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari dan sangat mudah untuk dipraktikkan untuk perniagaan masing-masing serta memberi manfaat kepada bakal usahawan dan usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

(opens in a new tab)”>Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI