KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh Pengasa Produk Bidara daripada Syarikat Wira Wahyu Enterprise. Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat di Bandaraya Ipoh yang mengeluar dan membekalkan produk-produk kesihatan yang berasaskan bahan-bahan daripada buah bidara.
Antara produk terlaris keluaran syarikat ini adalah ‘Minyak Aromatherapy Bidara Lemon dan Cengkih’ selain berpuluh produk-produk yang dikeluarkan dan telah dipasarkan di dalam pasaran ke seluruh negara melalui agen-agen yang telah dilantik.
Mewakili syarikat ini adalah Pengasas dan pemilik syarikat En Shahrul Izam Bin Mustafa dan Pegawai Pemasaran Beliau Saudara Zulkefle Asmawi manakala mewakili Pihak KOPUBI pula adalah Pengerusi Koperasi sendiri iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.
Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan kerjasama strategik di antara KOPUBI Perak Bhd & Syarikat pengeluar jenama terkenal ini.
KOPUBI PERAK BHD TERUSKAN USAHA MEMBANTU ANGGOTANYA
Banyak perkara telah dibincangkan termasuklah kerjasama usahasama yang erat di dalam usaha memajukan produk serta perkhdmatan masing-masing disamping meningkatkan ekonomi di Negeri Perak ini melalui gerakan koperasi.
Alhamdulillah, perbincangan yang berjalan mendapat respon yang sangat prositif dan Insyallah dalam masa terdekat kita akan dilancarkan sebuah program keusahawanan yang akan membantu warga Perak terutamanya di usaha meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan. Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Mawardah Binti Ahmad Yusni
Bendahari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak
KOMEN TERKINI