
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 03hb Mac 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.
Mesyuarat Jawatan Kewangan dan Operasi ini telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Ketua Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi serta dihadiri oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, En Firdaus selaku Bendahari Koperasi, En Khairul selaku Penolong Bendahari dan Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi.
Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pembantu Tadbir Kewangan dan Operasi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Nazreen dan Pn Sha selaku Penyelia Kantin KOPUBI Perak bhd.

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk membincangan tatakelola pengurusan kewangan dan operasi KOPUBI Perak Bhd supaya berjalan dengan teratur serta mencari solusi penambahbaik berkaitan dengan kewangan supaya prestasi kewangan Koperasi ini dapat dipertingkatkan.
Untuk makluman semua, Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi memantau serta menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran KOPUBI Perak Bhd serta menentapkan dasar-dasar koperasi dan akan membentangkan kepada Ahli Lembaga Koperasi melalui mesyuarat Lembaga yang diadakan 3 bulan sekali.
Setinggi tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi ini yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang diadakan ini serta menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh anggota kepada mereka.
Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI