DALAM USAHA MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN, PUBI PERAK TELAH MENGANJURKAN KELAS ASAS MEMBUAT & MENGHIAS KEK BERSAMA SIS LEA.

Pada 20hb Oktober 2018 yang lalu telah berlangsung Kelas Asas Membuat & Menghias Kek Bersama Sis Lea anjuran bersama PUBI Perak.

Buat julong kali PUBI Perak meganjurkan Kelas Asas Membuat & Menghias Kek (Buttercream) ini bersama dengan Pengajar yang berpengalaman luas dan bertauliah serta diiktiraf oleh JPK Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Beliau adalah tenaga pengajar yang sangat terlatih dan juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Kecil Pembangunan Usahawan PUBI Perak dan beliau juga berdaftar dengan Persatuan Chef Perak.

Kelas ini akan dibuka kepada semua Ahli & Bukan Ahli PUBI Perak atau sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia (Wanita diberi keutamaan). Peserta akan membawa pulang sebiji kek hasil dekorasi mereka sendiri hari ini.

Peserta akan mempelajari teknik melepa seluruh kek dgn mudah & cepat, teknik melicinkan keseluruhan kek, teknik mengenal jenis & cara menggunakan nozzle dan juga teknik membuat bunga dan hiasan tepi kek.

Alhamdulillah hampir seramai 10 orang akan menyertai kelas ini hari ini.

Semoga usaha begini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan serta memberi manfaat kepada semua usahawan pada masa hadapan, Insyallah..

Insyallah..

Untuk melihat Photo program ini sila klik