KURSUS KEMAHIRAN MEMBUAT MEATBALL (HOMEMADE) & PASTA ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE.

Pada 27hb Oktober 2018 yang lalu, telah berlangsung Kursus Kemahiran Membuat Meatball (Homemade) anjuran bersama PUBI Perak & Haaza Center of Excelence.

Program tersebut telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Pengerusi En. Sharul dan diikuti oleh Taklimat Nutrisi dan Perlabelan Makanan oleh En Razali dari syarikat KBio Corporation.

Tenaga pengajar bagi Kursus Kemahiran ini adalah Chef Yusoff Salleh, beliau adalah salah seorang daripada chef di Haaza Centre of Excellence yang sangat berpengalaman sedang memberi tunjuk ajar tentang recipe dan teknik membuat homemade secara lisan kepada peserta-peserta hari ini.

Alhamdulillah, seramai hampir 30 orang peserta telah menyertai kursus kemahiran pada hari ini dan mereka akan mempelajari teknik-teknik dan recipe untuk membuat meatball homemade special ini.

Syukur juga kepada Illahi kerana wakil dari Pejabat YB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu Tuan Haji Mat Razali selaku Ahli Majlis, Majlis Daerah Batu Gajah turut hadir untuk memberikan ucapan perasmian penutup serta menyerahkan sijil kepada peserta-peserta yang telah tamat kursus ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada YB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin selaku Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Kerajaan Negeri Perak kerana mengambil berat dan sangat prihatin dengan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan ini.

Harapan PUBI Perak melalui program sebegini akan melahirkan lebih ramai usahawan IKS yang berani untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Insyallah.

Untuk melihat Photo program ini sila klik