DALAM USAHA MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN, PUBI PERAK TELAH MENGANJURKAN BENGKEL INTENSIF & KEMAHIRAN MEMBUAT BERANEKA JENIS ROTI.

Pada 6hb Oktober 2018 yang lalu, telah berlangung ‘Bengkel Intensif & Kemahiran Membuat Roti’ anjuran PUBI Perak yang berlangsung di Pejabat Urusan Pubi Perak & Kopubi Perak Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Alhamdulilah seramai 9 orang peserta menyertai bengkel ini pada hari tersebut dan telah mempelajari pelbagai teknik secara intensif dan praktikal (hand on) untuk membuat 5 jenis Roti iaitu:

  1. Roti Whole Meals
  2. Roti Chicken Floss
  3. Roti Sausage
  4. Roti Mini Pizza
  5. Kacang Kaya (New Version)

Semoga dengan jayanya bengkel ini akan memberi impak yang positif dan membina kepada semua dan semoga mereka dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada hari ini.

PUBI Perak berharap dengan berlangsungnya kelas bengkel membuat roti ini akan memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat dan diharapkan mereka mampu membuat roti di rumah masing-masing untuk hidangan keluarga ataupun dibuat untuk jualan secara kecil-kecilan.

PUBI Perak dalam usaha mencapai objektif penubuhannya akan sentiasa menganjurkan program-program yang memberi impak dan manfaat kepada masyarakat terutamanya penduduk di sekitar Bandaraya Ipoh ini.

Pelbagai program telah dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi dan ikutilah perkembangan kami di laman web kami mahupun di laman FB Page ini.

Insyallah..

Untuk melihat Photo program ini sila klik