PUBI PERAK MELANCARKAN WHATAPPS GROUP ‘JOM ORDER’ MENU PASAR MALAM ANJURAN PUBI PERAK
PUBI PERAK TELAH MELANCARKAN FB GROUP eBAZAAR RAMADHAN UNTUK BANTU PENIAGA-PENIAGA SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI, KLIK UNTUK INFO LANJUT –>
Rindu dengan menu-menu pasar malam anjuran PUBI Perak?
Haa… kami tahu pasti ada yang rindu bukan? Di sini kami lancarkan sebuah program bantu peniaga/penjaja dengan menganjurkan sebuah ‘group whatsapp’ bagi menghimpunkan peniaga-peniaga pasar malam anjuran PUBI Perak bersama pelanggan-pelanggan yang ingin order makanan dan akan dihantar secara COD.
Jom Join Group Whatsapp Usahawan PUBI Perak –>
Melalui usaha ini peniaga-peniaga yang terjejas ekoran penularan penyakit Covid-19 akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara COD disamping masyarakat setempat akan dapat menikmati juadah kegemaran masing-masing.
Kawasan liputan penghantaran menu makanan adalah tertakluk kepada 5 kawasan sahaja iaitu di mana kawasan Pasar Malam anjuran PUBI Perak dianjurkan iaitu di sekitar kawasan;
- Taman Pinji Mewah (Termasuk Pengkalan/Pengkalan Pegoh/Station 18)
- Bandar Seri Botani (Termasuk Simpang Pulai)
- Taman Menglembu Timur (Termasuk Lahat)
- Taman Lapangan Jaya
- Taman Lapangan Panorama Perdana
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENIAGA;
- Terbuka kepada semua Peniaga dan Penjaja yang berniaga di mana-mana Pasar Malam anjuran PUBI Perak
- Terbuka juga kepada peniaga atau penjaja yang tidak berniaga di Pasar Malam anjuran PUBI Perak atau berniaga di rumah.
- Mampu menyediakan tempahan dan pengurusan penghantaran dengan baik kepada pelanggan.
- Wajib meletak harga di dalam setiap iklan yang dipaparkan di dalam whatsapp group ini.
- Dibenarkan mengambil charge COD yang berpatutan.
SYARAT-SYARAT PEMBELI;
- Terbuka kepada semua bakal pembeli dan pembeli di kawasan yang dinyatakan di atas sahaja.
- Sanggup membuat bayaran seperti yang diiklankan oleh Peniaga.
- Semua urusan adalah dalam bentuk wang tunai.
Covid-19: Tiada Bazar Ramadan Di Perak Jika PKP Lanjut –>
POSTING SELAIN JUALAN MAKANAN SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!
Waktu operasi bagi perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada waktu yang dibenarkan di dalam peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan.
Peniaga yang terlibat hendaklah mematuhi segala langkah-langkah keselamatan serta pencegahan penyakit Covid-19 seperti memakai topeng muka, glove, kerap basuh tangan dan sebagainya.
Pihak PUBI Perak tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian atau risiko yang ditanggung oleh peniaga atau pembeli dan PUBI Perak hanya bertindak sebagai penyedia ‘platfom’ sahaja.
Sekiranya anda mempunyai persoalan bolehlah hubungi Ketua JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak, Pn Zalina di talian 011-11680109.
Semoga dengan adanya Group Whatsapp ini akan dapat memberi manfaat kepada semua serta memberi pendapatan berterusan kepada peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang terjejas ekoran ekoran penularan penyakit Covid-19 ini. Insyallah..
AMARAN: POSTING DI BAWAH INI JUGA TIDAK DIBENARKAN!
- Skim cepat kaya
- Politik
- Produk sex & Lucah
- Iklan Auto Dilarang sama sekali
- Iklan yang mencurigakan
- MLM tidak berdaftar & Pelaburan yang tidak sah
- Isu/Pertikaian berkaitan Agama/Covid-19
- Isu/Pertikaian Palestine/Syria/Peperangan
- Mesej Viral/Video Viral/Mesej Berangkai/Tular
- Bitcoin dan seangkatan..
AMARAN: LANGGAR PERATURAN AKAN DIREMOVE TERUS DARI WHATASPP GROUP!
KOMEN TERKINI