Gambar – Google

TERKINI – 44 ANGGOTA POLIS POSITIF COVID-19, LEBIH 900 DIKUARANTIN DI RUMAH- KP NEGARA

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan seramai 44 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif COVID-19, manakala lebih 900 pula kini dilaporkan dikuarantin di rumah.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA dalam satu kemas kini di laman facebooknya.

Covid-19: PM Britain Boris Johnson Dipindahkan Ke ICU –>

Terdahulu, dalam laporan yang berbeza, BERNAMA memaklumkan pihak polis menambah 100 peratus anggota untuk memantau kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.

Menurut KPN lagi, sehingga kini hampir 2,500 pegawai dan pegawai berpangkat rendah ditugaskan mengawal kawasan berkenaan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pendatang tanpa izin.

Sumber: BernamaTV