![](https://i0.wp.com/www.pubiperak.com/wp-content/uploads/2020/03/90314294_10212760097637579_6958776471917690880_n.jpg?resize=600%2C451&ssl=1)
KISAH KEHIDUPAN – JOM KITA DOAKAN SATU FAMILY INI SEMBUH DARIPADA COVID-19
Pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Hospital Teluk Intan telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan pembersihan susulan 37 orang petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media bahawa hospital tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya Jabatan Kecemasan hospital itu beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.
Katanya, hospital itu akan dibuka semula selepas pembersihan dijalankan dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.
Susulan daripada kejadian itu, tular di media sosial seorang pengguna facebook telah memuat naik status seperti berikut;
Assalamualaikum doakan kami sembuh fmly positive covid19 😭🤲now admit at ipoh hosp🌹suami saya seorang pakar hosp teluk intan di jabatan kecemasan.
Gold Amy Edriena
Daripada status tersebut difahamkan bahawa beliau adalah isteri kepada salah seorang petugas yang disahkan Covid-19 dan kini mereka sekeluarga telah dirawat di Hopital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
Suami beliau merupakan seorang Pakar Perubatan di Hospital Teluk Intan, Perak.
Beliau turut berkongsi beberapa video ketika mereka di bawa dengan ambulan untuk di bawa ke hospital bagi rawatan lanjut.
‘Rehatlah Ayah..’ Ketika Anak Masih Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Selamanya Kerana Covid-19 –>
Perkongsian beliau di facebook telah mendapat reaksi pelbagai pihak dan rata-rata memberi kata-kata semangat dan memanjatkan doa agar keluar beliau segera sembuh dari Penyakit Covid-19 ini.
Marilah kita turut sama mendoakan keluarga ini agar dipulihkan sepenuhnya oleh Allah Swt dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Inyallah..
KOMEN TERKINI