KISAH KEHIDUPAN – ‘REHATLAH AYAH..’ KETIKA ANAK MASIH DALAM KUARANTIN, AYAH PERGI SELAMANYA KERANA COVID-19
Innalillahiwainnailaihirojiun.. sebaknya hati seorang anak apabila tak dapat menatap wajah jenazah ayah buat kali terakhir disebabkan virus Covid-19.
Syahira Idris antara pesakit positif Covid-19. Begitu juga kakaknya, dan ketika ini mereka sedang dikuarantin di hospital. Sebelumnya, arwah ayah, Idris Bin Atan dijangkiti dari seseorang yang positif Covid-19.
Arwah ayahnya sudah membuat ujian saringan malah selepas pemeriksaan, keadaan ayahnya stabil. Mereka sekeluarga juga dikuarantin dan melalui ujian saringan Covid-19.
Bagaimana pun, maklumnya di twitter, tiba-tiba keadaan ayahnya semakin ‘kritikal’ sehingga ayah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sejak 19 Mac lalu. Sejak itu, doanya tidak pernah putus untuk ayah, malah ramai rakyat Malaysia juga mendoakan kesihatan ayah Syahira.
‘Rehatlah Ayah..’ Ketika Anak Masih Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Selamanya Kerana Covid-19.
Perkongsian Pengalaman Seorang Lelaki Yang Positif Covid-19 Dan Kini Dirawat Di HKL –>
Namun, Allah lebih menyayangi ayahnya. Dan hari ini kira-kira, 4 petang Syahira memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Anak Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Untuk Selamanya
Dalam keadaan dirinya sedang dikuarantin dan tidak boleh keluar, melihat jenazah ayah, tentunya inilah satu ujian yang amat sukar untuk ditempoh.
Tulis Syahiran, “Rehatlah ayah. No one can replace you. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yang baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold. Ayah in a better place now. We love you Ayah, but Allah loves you more.”
Sepanjang arwah ayah berada di wad ICU, ibunya juga tidak boleh mendekati arwah ayah. Walaupun dalam hati ibu begitu berhajat mahu menjaga suami yang sakit. Namun, virus Covid-19 menghalang ibu melaksanakan tanggungjawab seorang isteri.
Dan sehingga, nafas ayahnya telah terhenti, bakti kasih seorang isteri tetap tak dapat ditunaikan untuk kali terakhir.
“Pecah hati bila tengok Umi nangis. And bila Umi cakap Umi nak sangat tengok ayah. Umi nak jaga suami Umi.” Ini antara luah ibunya ketika hayat arwah ayah masih bersisa.
Akhirnya Covid-19 Ada Di Kalangan Keluarga Kami –>
AYAH PERGI DALAM KEADAAN TENANG
Perasaan sebak anak tak dapat dibendung ketika berkongsi berita sedih akan pemergian insan yang begitu bermakna dalam hidupnya. Cuma doktor menjadi perantara untuk memaklumkan keadaan akhir ayah yang telah bersemadi untuk selamanya.
“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.”
“Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah.”
BAGAIMANA COVID-19 BOLEH MENULAR KE ARWAH AYAH
Sebelumnya, ayah Syahira antara pesakit yang ditahan di wad ICU setelah dijangkiti virus Covid-19. Arwah ayahnya bukanlah peserta perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.
Tetapi mendapat simptom-simptom Covid-19, apabila mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang telah pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh itu. Dan individu tersebut positif Covid-19.
Kata Syahira, “Ayah tak pergi tabligh and tak tahu pun ada perhimpunan tabligh tapi berjangkit dari one of person yang pergi tabligh.”
Waktu ayah di ICU, ini luahan Syahira, “Right now me and whole family kena kuarantin and kami tak boleh tengok ayah langsung. It breaks ur heart when your own father at the critical condition and u can do nothing!”
“Sayu Jer Tengok Yang Bertugas,” Ebit Lew Belanja Kfc Pada Staf Hospital Sungai Buloh –>
Pesan Syahira kepada orang ramai di luar sana,
“Just stay at home! Please stay at home! The disease spread faster than we thought. Ayah before this okay and ayah dah pergi check semua. But keadaan jadi worst suddenly semalam ! Please please! Stay at home!”
“IF YOU GUYS TAK NAK FACE THIS SITUATION, I AM BEGGING, PLEASE STAY AT HOME !! AND APPRECIATE YOUR LOVED ONE!”
Sumber : Mingguan Wanita
KOMEN TERKINI