KISAH KEHIDUPAN – PESANAN TERAKHIR MANGSA COVID-19 INI MEMBUATKAN RAMAI ‘NETIZEN’ SEBAK

Abang minta maaf, jaga diri baik-baik’.

“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34.

Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu. Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas sebelum meninggal dunia.

Jom Kita Doakan Satu Family Ini Sembuh Daripada Covid-19 –>

Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.

“Namun pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.

“Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,”

Isteri Allahyarham
ARWAH SEORANG PEGAWAI POLIS YANG BERDEDIKASI DAN SERING MENGIKUT ARAHAN PEGAWAI ATASAN.

‘Rehatlah Ayah..’ Ketika Anak Masih Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Selamanya Kerana Covid-19 –>

“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.

“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.

Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.

“Saya kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro