KISAH KEHIDUPAN – PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG LELAKI YANG POSITIF COVID-19 DAN KINI DIRAWAT DI HKL

Tular di media sosial seorang lelaki bernama Adnan Faisal telah berkongsi pengalaman beliau yang kini dirawat akibat positif Covid-19.

Segalanya bermula apabila beliau menguruskan kenduri perkahwinan Abangnya.

Kini ibu abang dan isteri abangnya telah disahkan positif Covid-19 termasuk ibu beliau. Datuk beliau pula kini sedang bertarung nyawa di Hospital Batu Pahat, Johor akibat Covid-19 juga.

Akhirnya Covid-19 Ada Di Kalangan Keluarga Kami –>

Lelaki ini memberitahu di Instagram beliau;

Peritnya #covid_19 ni bukan pada sakitnya. Tapi bila terputusnya hubungan dgn org yg kita sayang. Mungkin kita terlampau sayang selain dari Nya.

Ya Allah yang Maha Penyayang. Angkt lah wabak ini. Kami serah diri zahir wa batin ya Allah. Kami tak mampu walau kepada sekecil kecil virus. Amin ya Rabb!

Minta semua ikut arahan kerajaan ya. Jgn keluar melainkan hal yg penting. Sebelum nnti kita tak boleh keluar terus dan jumpa org yg kita sayang.

Beliau juga sempat berkongsi gambar-gambar beliau di hospital sambil menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan dan jangan keluar rumah.

Beliau juga mendedahkan kronologi beliau dari awal beliau dijangkiti sehinggalah beliau ditahan di wad.

Semoga pengalaman beliau menjadi iktibar kepada kita semua.

Insyallah..

Sumber : Facebook & Instagram