INFO: SUPERB TERAJU – GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HINGGA RM500,000

Usahawan permulaan Bumiputera kini boleh memohon geran pembangunan perniagaan melalui Program SUPERB yang dilaksanakan bawah agensi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

TERAJU ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Salah satu program utama yang dilaksanakan oleh TERAJU iaitu SUPERB yang bertujuan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera yang berdaya saing dan menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)

SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 208 usahawan permulaan Bumiputera sejak dilancarkan pada tahun 2014 dan telah membantu meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu pemohon yang berminat untuk memohon SUPERB boleh membuat permohonan daripada 27 September sehingga 11 Oktober 2021.

MENGENAI SUPERB

Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.

Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.

SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 208 usahawan permulaan Bumiputera dan telah membantu merealisasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejak SUPERB dilancarkan pada tahun 2014.

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.

Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu.

Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau  penkomersialan  berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu. 

SUPERB terbuka kepada golongan belia Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan ataupun syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Permohonan yang diterima akan disaring dan setiap permohonan akan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta kelestarian dan keupayaan perniagaan tersebut. Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi “Business Challenge”.

Pemohon dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.

Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke peringkat separuh akhir di mana pemohon yang layak perlu menjalani sesi “Boot Camp” sepanjang tempoh yang ditetapkan sebelum melakukan pembentangan mereka di peringkat separuh akhir di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

Sekiranya mara ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional yang terdiri daripada tokoh usahawan dan korporat Bumiputera yang ternama.

PERJALANAN PROGRAM SUPERB 2021

* Keseluruhan program dirancang untuk dijalankan secara atas talian.

JUMLAH GERAN

Usahawan permulaan di fasa pembentukan dan pembangunan idea yang berjaya menyertai program SUPERB akan mendapat geran pembangunan perniagaan sehingga RM100,000.

Bagi usahawan permulaan yang mana perniagaan mereka sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000. 

TEMA PROJEK

Usahawan permulaan yang melaksanakan tema projek berikut layak untuk memohon iaitu:

  • Ekonomi Digital
  • Kewangan Islam
  • Pelancongan
  • Pembuatan
  • Halal dan Makanan
  • Pertanian dan Komoditi
  • Pertahanan dan Keselamatan
  • Pembinaan Modular
  • Aeroangkasa
  • Logistik, Pengangkutan dan Kelestarian Mobiliti

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  2. Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh permohonan.
  3. Fasa projek:
    1. Idea/Prototaip (nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
    2. Pra Komersial/Komersial (nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

TERMA & SYARAT

Adalah diingatkan bahawa idea SUPERB yang dikemukakan oleh pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak yang lain.

Pemohon juga perlu memenuhi terma dan syarat yang lain iaitu:

i) Permohonan Individu

  1. Bumiputera bermaksud warganegara Malaysia yang merupakan:
    – Orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan; atau
    – Orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954; atau
    – Pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  2. Pemohon bukan individu yang muflis.

ii) Permohonan Syarikat

  1. Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat Pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera.
  2. Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat Pemohon adalah Bumiputera.
  3. Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun.
  4. Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis.
  5. Syarikat Pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan SUPERB, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://superb.teraju.gov.my/user/login?return=app/form?id=22.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi bahagian yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dan hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SUPERB, sila hubungi TERAJU di talian 03-7839 8000.

Layari laman web untuk info lanjut –> https://superb.teraju.gov.my/home

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply