SIP GIG PERKESO 2022: INSENTIF SEHINGGA RM800 SEBULAN SELAMA 6 BULAN

SIP GIG PERKESO merupakan satu inisiatif oleh kerajaan bagi membantu golongan atau individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih untuk bekerja sementara di bawah Platform Digital berdaftar yang berdaftar dengan PERKESO.

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

Mereka yang berkerja di bawah SIP GIG PERKESO ini akan diberi insentif sepanjang bekerja di bawah Platform Digital berdaftar yang berdaftar dengan PERKESO.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Secara Percuma

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program SIP GIG PERKESO untuk rujukan anda:

KADAR INSENTIF SIP GIG PERKESO

Insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022 akan diberikan kepada individu yang layak.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat kelayakan individu yang boleh memohon SIP GIG PERKESO ini

Individu yang LAYAK:

  1. Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  2. Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  3. Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  4. Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  5. Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  6. Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

*Individu yang TIDAK LAYAK:

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.

CARA MEMOHON SIP GIG PERKESO

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon SIP GIG PERKESO:

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.

Tarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.

SYARAT UNTUK MENERIMA INSENTIF SIP GIG PERKESO

Bagi memastikan anda layak menerima insentif, pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD