KISAH KEJAYAAN : ANAK PENOREH GETAH YANG MENJADI JUTAWAN FESYEN DAN SYARIKAT TERSENARAI DI PASARAN SAHAM

Kebanyakan daripada kita mesti pernah mendengar nama Bonia bukan? Syarikat ini mengeluarkan pelbagai rekaan beg, kasut, serta pelbagai lagi aksesori dengan rekaan serba mewah dan eksklusif.

Bila kita dengar namanya saja, pasti ramai yang menyangka produk ini adalah buatan luar negara kan?

Bagi yang belum tahu, Bonia telah diasaskan oleh Chiang Sang Sem pada tahun 1974. Anak sulung daripada 9 adik-beradik ini bukanlah berasal dari golongan berada.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kisah Kejayaan Insan Istimewa Sukur Ibrahim

Bapanya cuma bekerja sebagai seorang penoreh getah. Seawal usia 15 tahun beliau telah bekerja di kilang beg tangan bapa saudaranya yang terletak di Pulau Pinang. Mungkin dari situ, minat terhadap beg tangan serta barangan kulit mula muncul.

Pada tahun 1971, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lebih tinggi iaitu SGD60 sebulan. Pada tahun 1974 pula beliau telah mengambil langkah berani dengan membuka sebuah kilang kecil di Singapura dengan pekerja hanya seramai 7 orang.

Beliau menggunakan modal sebanyak RM3,800 yang dipinjam serta wang simpanan sebanyak RM1,200 untuk membuka kilang ini.

ASAL-USUL NAMA BONIA

Anda mesti nak tahu bagaimana nama Bonia ini muncul sebagai jenamakan? Satu ketika dahulu, Chiang Sang Sem pernah melawat sebuah tempat di Itali yang bernama Bologna.

Sejak dari itu, nama Bologna sering bermain di fikirannya. Jadi pada tahun 1979, apabila beliau mengambil keputusan untuk menjenamakan perniagaannya, nama Bonia telah dipilih.

Dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, jenama Bonia telah menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia dan Singapura. Semua ini hasil daripada kempen pengiklanan yang rancak dilaksanakan mereka.

Walaupun harga untuk produknya mahal sedikit, ianya tidak menghalang orang ramai daripada membelinya. Kini, Bonia bukan sahaja menjadi jenama yang eksklusif di rantau Asia, tetapi mereka juga telah menembusi pasaran Timur Tengah.

Sekitar tahun 90-an, Bonia telah pun disenaraikan di Bursa Malaysia. Hari ini, jualan produk Bonia mencecah jutaan Ringgit setiap tahun.

Daripada segi pendapatan ada penurunan sedikit disebabkan pandemik Covid-19, tetapi syarikat masih lagi mencatatkan keuntungan yang baik.

Kalau nak tahu lagi, Chiang Sang Sem juga mengasaskan pelbagai lagi jenama seperti Carlo Rino, Braun Buffel dan juga Sembonia.

Penat lelah beliau memang sangat berbaloi dengan kejayaan yang dikecapinya hari ini. Namun beliau masih belum lagi mahu berhenti.

Menjadikan jenama antarabangsa lain seperti Louis Vuitton, Coach dan Gucci sebagai pesaing rapat, jenama ini terus berusaha memberikan design serta kualiti terbaik kepada pengguna. Semoga kisah anak penoreh getah ini dapat dijadikan inspirasi kepada kita semua untuk terus berjaya.

Sumber: Majalah Labur

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply