COVID-19: AMERIKA SYARIKAT KINI MENCATAT KEMATIAN TERTINGGI NO.1 DI DUNIA
ANKARA, 12 April – Amerika Syarikat kini telah melepasi Itali pada hari Sabtu untuk merakam angka kematian tertinggi di dunia daripada coronavirus (Covid-19), Anadolu Agency memetik kenyataan daripada Johns Hopkins University.
Universiti itu melaporkan, Amerika Syarikat mencatat 19,882 kematian dan lebih 514,415 kes di mana Amerika Syarika sedang bergelut untuk membendung wabak itu. Seramai 29,347 orang telah pulih dari penyakit ini.
Sehingga Sabtu, Itali telah mencatat 19.468 kematian, menurut data universiti tersebut. New York adalah bandar yang paling teruk akibat pandemik ini dengan lebih daripada 6,367 kematian dilaporkan.
Amerika Syarikat juga merupakan negara yang mempunyai jangkitan coronavirus paling banyak di dunia, diikuti oleh Sepanyol, Itali, dan Perancis.
Sejak virus itu muncul Disember lalu di bandar Wuhan, China telah menyebar ke sekurang-kurangnya 185 negara dan wilayah. Terdapat lebih daripada 1.75 juta jangkitan disahkan di seluruh dunia dan kira-kira 108,000 kematian telah dilaporkan, menurut Johns Hopkins.
Walaubagaimanapun, lebih 395,000 orang telah pulih dari penyakit ini.
Sumber: BERNAMA
KOMEN TERKINI