PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 12hb April 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput oleh Sekretariat Keusahawanan Negeri Perak (STeP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menghadiri ke Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

INFO: PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BIZ MAN UNTUK USAHAWAN LELAKI DAN OKU

Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif Biz Man untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Bantuan ini diwujudkan bagi  membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR BIGPAY & TEBUS KREDIT ePEMULA RM 150

INFO: ePEMULA – CARA DAFTAR BIGPAY & TEBUS KREDIT ePEMULA RM 150

Program ePemula merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Program ini menyasarkan golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Melalui program ePemula, para belia bakal menerima RM 150 yang akan dikreditkan secara one-off ke dalam e-dompet (e-Wallet).

Baca Lanjut

ePEMULA: PENDAFTARAN & TEBUS KREDIT e-WALLET RM150 MULAI 11 APRIL 2022

INFO: ePEMULA – PENDAFTARAN & TEBUS KREDIT e-WALLET RM150 MULAI 11 APRIL 2022

Belia yang layak boleh membuat permohonan kredit e-wallet berjumlah RM150 menerusi ePemula seperti yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 mulai 11 April 2022.

Untuk makluman, kerajaan pada 29 Oktober 2021 yang lalu menerusi Belanjawan 2022 telah mengumumkan pelaksanaan ePemula yang merupakan insentif e-tunai yang diberikan kepada para belia.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh kerajaan yang bakal memberikan manfaat sekitar 2 juta belia di seluruh negara.

Baca Lanjut