PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2022 BAGI BULAN JULAI 2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 1hb Julai sehingga 31hb Julai 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan kegiatan perniagaan yang telah dijalankan oleh para Peserta PEKB tahun 2022 ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD KALI KE-4

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Jun 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Kali-4 bertempat di Dewan TT, TAJ International College yang beralamat di No.100-102, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh Perak.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik selaras dengan peruntukkan undang-undang kecil penubuhan koperasi serta aturan-aturan yang telah ditetapkan dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd. Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Koperasi serta anggota koperasi seramai 130 orang dan untuk makluman semua mesyuarat ini turut diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.

Baca Lanjut

PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD KALI KE-4

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 25hb Jun 2022 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah berkumpul di lokasi Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Kali-4 iaitu bertempat di Dewan TT, TAJ International College yang beralamat di No.100-102, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh Perak bagi membuat persiapan serta persediaan teakhir bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan berlangsung pada 26hb Jun 2022.

Alhamdulillah, En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mengetuai persiapan ini dan turut dibantu oleh En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi. Turut hadir adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah dan Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha merangkap Penolong Bendahari serta beberapa Ahli Lembaga yang lain iaitu Pn Norhuda, En Khairul dan En Azmy. Turut hadir adalah En Mohammad Nafis salah seorang anggota KOPUBI Perak Bhd yang juga merupakan Bendahari Kehormat kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) serta seorang pelajar praktikal iaitu Saudara Amirul.

Baca Lanjut

PERNAH TIDUR DALAM KERETA, KINI USAHAWAN BERJAYA

KISAH KEJAYAAN : PERNAH TIDUR DALAM KERETA, KINI USAHAWAN BERJAYA

Pernah dengar jenama Abang Strawberry? Produk ini viral kerana tampil unik dimakan bersama Nasi Lemak di 200 Seeds Cafe di Cameron Highlands.

Lain daripada yang lain, ia mungkin produk pertama yang menggunakan strawberi sebagai bahan untuk dimasak dalam sambal.

Bukan nak cerita tentang produk Abang Strawberry tapi jom baca tentang siapa ‘Abang’ di sebalik sambal strawberi ini.

Baca Lanjut