TIADA PRODUK ALKOHOL DI SEMUA CAWANGAN FAMILYMART

INFO-TIADA PRODUK ALKOHOL DI SEMUA CAWANGAN FAMILYMART

KUALA LUMPUR: QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia menetapkan hala tuju jelas untuk tidak menjual minuman alkohol di semua cawangan sedia ada dan yang bakal dibuka di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Chia Song Kooi, berkata perkara itu akan dikekalkan selaras dengan inisiatif syarikat untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berstatus halal di semua rangkaian FamilyMart.

“Kami sudah menetapkan hala tuju untuk tidak menjual produk alkohol di semua cawangan FamilyMart dan ia akan kekal untuk semua cawangan baharu yang akan dibuka kelak,” katanya kepada BH selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 QL.

Baca Lanjut

PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2023 BAGI BULAN OGOS

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 1hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan Rumah-rumah peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 di Negeri Perak dan juga Pulau Pinang anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan kegiatan perniagaan yang telah dijalankan oleh para Peserta PEKB tahun 2023 ini.

Baca Lanjut

KERAJAAN NEGERI PERAK MEMBERI BANTUAN KEPADA PENIAGA IPOH NIGHT MARKET

INFO-KERAJAAN NEGERI PERAK MEMBERI BANTUAN KEPADA PENIAGA IPOH NIGHT MARKET

IPOH, 3 SEPTEMBER 2023- Kerajaan negeri umum pemberian bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 kepada 36 para peniaga yang terjejas akibat ribut pada 30 Ogos 2023, yang lalu.

Penyampaian wang ihsan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad ketika meninjau kawasan peniaga yang musnah di Ipoh Night Market, Jalan Sultan Azlan Shah, petang ini.

“Pada hari ini, kita hadir sendiri melawat kawasan dan zahirkan rasa simpati kepada peniaga yang terjejas akibat ribut yang berlaku baru-baru ini.

Baca Lanjut

REDONE PARTNER GATHERING

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh RedOne Perak Region untuk hadir ke Program Redone Partner Gathering yang telah berlangsung di M Roof Hotel Jalan Dato Lau Pak Khuan, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak.

Menghadiri majlis itu mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi dan En. Mohamad Nafis merangkap Juruaudit Dalaman Koperasi.

Program yang gilang gemilang ini telah dihadiri oleh COO RedOne Mr. Tee Yew Yaw serta Wakil dari Universiti Sultan Azlan Shah dan Wakil dari Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB).

Baca Lanjut