PERSIAPAN KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan persiapan untuk menyertai Karnival Barangan Malaysia yang akan berlangsung di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak bermula pada 30 September 2022 – 2 Oktober 2022.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd bersama Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Haizul Fakarudin telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Buat pertama kalinya KOPUBI Perak Bhd ini telah diberi peluang untuk menyertai karnival yang julong kali dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan berpeluang untuk mempekenalkan produk-produk buatan Malaysia yang dipasarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada masyarakat umum.

Baca Lanjut

CARA SIMPAN DUIT ASB ONLINE TANPA KE KAUNTER. MUDAH & CEPAT!

INFO : CARA SIMPAN DUIT ASB ONLINE TANPA KE KAUNTER. MUDAH & CEPAT!

Sekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank. Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana.

Bila tanya dan report ke bank, proses siasatan akan memakan masa dan mereka pula tak jamin akan dapat balik duit tu.

Tahukah anda, antara kelebihan kita simpan duit dalam ASB adalah kerana ia hanya membenarkan pengeluaran secara online dengan had sebanyak RM2000 sahaja sebulan.

Baca Lanjut

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN MENTAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri satu taklimat bagi kontrak perkhidmatan membekal dan menghantar makanan mentah basah dan kering serta barang-barang keperluan lain yang ditawarkan oleh Pusat Transit Kesihatan JAKOA Gerik, Daerah Hulu Perak.

Taklimat perkhidmatan membekal dan menghantar makanan mentah basah dan kering serta barang-barang keperluan lain ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Transit Kesihatan, Batu 8, Ulu Kinta Perak.

Hadir ke sesi taklimat dan lawatan tapak ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama aktiviti ini adalah bertujuan untuk menawarkan sebut harga kepada pihak JAKOA ini.

Baca Lanjut

PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

INFO : PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

Bank Rakyat telah memperkenalkan 2 skim pembiayaan baharu untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.

BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.

BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.

Baca Lanjut