
ππ’π£ππ₯ππ¦π π¨π¦ππππͺππ‘ πππ₯π¦ππ§π¨ ππ£π’π π£ππ₯ππ πππ π ππ‘ππ₯π¨π¦πππ‘ π ππ¦π π¨π‘π§π¨π π ππ‘ππππ π¦πππ¨ππ ππ’π£ππ₯ππ¦π π¬ππ‘π πππ₯πππ¬π π¦πππ‘π π¦ππ₯π§π π ππ π£π¨ π ππ‘ππ‘ππππ§πππ‘ πππ‘π π£ππ πππ‘ππ¨π‘ππ‘ πππ’π‘π’π π ππ π‘ππππ₯π π£ππ₯ππ.
Terkini, pada 26 Julai 2025 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd) telah dijemput untuk menyertai Karnival Keusahawanan SK Kampong Pasir Puteh 2025 yang telah berlangsung dengan meriah di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh, Ipoh, Perak.
Sebagai salah sebuah koperasi aktif yang diiktiraf dan juga Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK) kepada MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), pihak KOPUBI Perak Bhd telah membuka booth pameran eksklusif bagi mempromosikan dan memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan amanah seperti Hibah, Wasiat, Amanah PusakaCare dan Pengurusan Harta Pusaka kepada masyarakat setempat.
Pameran ini turut diwakili oleh Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran serta Wakil Pemasaran yang terpilih dari Team KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Bengkel Latihan Lanjutan Produk Myangkasa Amanah Berhad (Maab)
Sepanjang berlangsungnya program, pengunjung telah diberi peluang untuk mendapatkan penjelasan serta sesi konsultasi secara terus mengenai produk-produk perkhidmatan MAAB yang ditawarkan melalui koperasi.
Kehadiran booth ini telah memberi manfaat besar kepada para ibu bapa, guru-guru serta pengunjung yang hadir, khususnya dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan harta secara sistematik dan berlandaskan syariah.
Karnival ini turut diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya sukan rakyat, rumah hantu, kolam pancing, sesi karaoke, derma darah, serta gerai jualan yang disertai oleh pelbagai vendor tempatan.
Kemeriahan acara berjaya mencipta suasana komuniti yang mesra dan interaktif, serta menjadi platform efektif dalam menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan koperasi secara santai dan mudah difahami.

KOPUBI Perak Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan Jawatankuasa Pengelola SK Kampong Pasir Puteh atas jemputan yang diberikan.
Kesudian pihak sekolah menjemput KOPUBI Perak Bhd ke acara ini memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara institusi pendidikan dan gerakan koperasi di negeri Perak.
Seiring dengan misi dan visi KOPUBI Perak Bhd untuk menjadi koperasi yang aktif, progresif dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti, penyertaan seperti ini adalah antara usaha berterusan untuk mendekati masyarakat dan menyebarluaskan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan, selaras dengan objektif koperasi untuk membina masyarakat yang lebih celik dalam pengurusan kewangan dan harta secara holistik dan terancang.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, demi memperkukuh ekosistem koperasi yang inklusif dan mampan di negeri Perak.
In shaa Allah.
#KOPUBIΒ #BoothMAABΒ #MyAngkasaAmanahΒ #KoperasiUsahawanΒ #MencaknaEkonomiBangsaΒ #GerakanKoperasiΒ #TeamMAAB

KOMEN TERKINI