KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

KOPUBI Perak Bhd telah dijemput menyertai Bengkel Latihan Lanjutan Produk MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) yang telah diadakan pada 22 Julai 2025 bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highlands.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dengan kerjasama Seksyen Ekosistem Kredit Kewangan ANGKASA, khas untuk koperasi yang telah dilantik secara rasmi sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK).

Mewakili KOPUBI Perak Bhd dalam bengkel ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd., En. Sharul Baha bin Abd Rahman bersama beberapa orang Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran yang terpilih daripada Team MAAB KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Hari Kerjaya Dan Keusahawanan

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah utama, Tuan Haji Zulkifli bin Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MAAB yang berkongsi pelbagai ilmu, pengalaman dan strategi berkaitan penawaran produk-produk utama MAAB.

Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan latihan lanjutan berkenaan produk perkhidmatan utama seperti Wasiat, Amanah PusakaCare (APC) dan Hibah.

Para peserta turut diajar berkenaan dokumentasi dan proses pendaftaran produk-produk ini, termasuk pengisian borang rasmi dan pendaftaran melalui platform WAES serta strategi jualan dan komunikasi berimpak tinggi untuk mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk amanah yang ditawarkan.

Selain itu, modul tambahan yang sangat bermakna turut dikongsikan, termasuk pemahaman lebih mendalam berkaitan konsep Hibah, perbezaannya dengan wasiat serta peranan Amanah PusakaCare dalam mengurus dan merancang pewarisan harta secara berkesan dan sah dari segi undang-undang syariah dan sivil.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd dalam bengkel ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd., En. Sharul Baha bin Abd Rahman bersama beberapa orang Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran yang terpilih daripada Team MAAB KOPUBI Perak Bhd.

Penyertaan KOPUBI Perak Bhd dalam bengkel ini membuktikan komitmen koperasi dalam memperkukuhkan keupayaan tenaga pemasaran serta menyediakan latihan berterusan kepada barisan petugas untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat.

Ia juga selari dengan objektif utama penubuhan KOPUBI Perak Bhd iaitu memperkasa ekonomi melalui pendidikan dan penyampaian perkhidmatan amanah yang patuh syariah kepada semua lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah koperasi yang progresif dan berpandangan jauh, KOPUBI Perak Bhd komited untuk terus menjadi antara Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK) yang aktif, konsisten dan berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti serta memperkasa ahli melalui pengetahuan dan latihan yang holistik.

Dengan sokongan padu daripada pihak MAAB dan ANGKASA, KOPUBI Perak Bhd akan terus berusaha memperkukuh misi dan visinya sebagai koperasi yang prihatin, progresif dan profesional dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat dan memperkasakan gerakan koperasi di Negeri Perak.

Insyallah.

#KOPUBIPerakBhd #BengkalMAAB #UsahawanHartaPusaka #MyAngkasaAmanahBhd #TeamMAAB #Keusahawanan #HibahWasiat