KURSUS i-PRODIGY @APBMBG 2023 (TIKTOK CLASS)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 25hb – 27hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak telah menghantar wakil bagi menyertai sebuah kursus anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) iaitu i-Prodigy@APBMBG 2023 – TikTok Class.

Kursus selama tiga hari ini telah berlangsung di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah Perak telah dihadiri oleh En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan juga Cik Nur Jazliana selaku Pelajar Latihan Industri di bawah seliaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Baca Lanjut

PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2023 BAGI BULAN SEPTEMBER

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 1hb September sehingga 30hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan Rumah-rumah peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 di Negeri Perak dan juga Pulau Pinang anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan kegiatan perniagaan yang telah dijalankan oleh para Peserta PEKB tahun 2023 ini.

Baca Lanjut

(BSH) BANTUAN SARA HIDUP 2023 SEMAKAN BAYARAN

INFO-(BSH) BANTUAN SARA HIDUP 2023 SEMAKAN BAYARAN

Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September nanti, sama seperti yang diberikan kepada yang berumur 80 tahun sebelum ini.

Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman semua.

Baca Lanjut

SBBPH LOGIN TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

INFO-SBBPH LOGIN TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah atau SBBPH merupakan sebuah portal rasmi tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Sejarah Bahagian Pengurusan Hartanah bermula apabila ditubuhkan dalam tahun 1957 yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan (Government Accomodation Office).

Pada ketika itu, fungsinya tertumpu kepada hal rumah Kerajaan sahaja.

Baca Lanjut