KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan CEO Hospital Pantai iaitu Miss Ms Chong Siet Fong dan Team Food & Dietition Hospital Pantai iaitu Pn Shima & En Zul.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menguruskan ‘final stage’ pendaftaran KOPUB Perak Bhd sebagai pembekal Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ edaran KOPUBI Perak Bhd untuk kegunaan hospital ini.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En. Mohd Fhami.
Sumber Malaysiakini Memetik – Di peringkat awal rawatan di Hospital Permai Johor Bahru, keadaan warga China berusia 40 tahun itu tenat sehingga memerlukan bantuan oksigen.
TERKINI – SEORANG LAGI PESAKIT KORONAVIRUS SEMBUH, DIBENAR KELUAR HOSPITAL
Kementerian Kesihatan memaklumkan pesakit kedua positif novel koronavirus (2019-nCoV) yang telah sembuh dan dibenarkan pulang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit itu iaitu lelaki warga China berusia 40 tahun dibenarkan keluar dari Hospital Permai Johor Bahru setelah ujian ulangan yang dijalankan sebanyak tiga kali ke atasnya menunjukkan keputusan negatif.
Menurut Noor Hisham, lelaki itu dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu pada 24 Januari lalu selepas mengalami demam panas dan radang paru-paru, dan keadaannya bertambah tenat pada hari kedua sehingga memerlukan bantuan oksigen.
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak di telah dijemput untuk menghadiri taklimat Program Permerkasaan Usahawan Asnaf 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak di Kompleks Islam Negeri Perak.
Mewaklili PUBI Perak ke sesi taklimat ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan Naib Pengerusi PUBI Perak iaitu Tuan Kudus Alie Novel.
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI