TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA DAN TERIMA KASIH MALAYSIA!
Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Malaysia yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan negara malam tadi.
Tahniah juga buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai kerana telah berjaya membawa Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 dan diharap mereka semua terus fokus serta lebih bersedia bagi menghadapi aksi final pusingan pertama yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini, 11 Disember 2018 dengan sepak mula 8.45 malam.
Jom, kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya semua, ayuh kita ramai-ramai turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memberikan sokongan padu!
Semoga kejayaan milik kita semua..
Insyallah..
Info tiket final Piala Suzuki AFF 2018, sila klik →Video | Detik-detik kemenangan Malaysia semalam dan terus membawa Harimau Malaya ke Final Piala Suzuki AFF 2018.
KOMEN TERKINI