NAK JOIN MACAM-MACAM AKTIVITI PUBI PERAK YANG BEST DAN UNIK!

Kami ada buat macam-macam program tau..! Khas untuk orang IPOH kome..

✔️ Aktiviti keusahawanan, latihan, kursus, seminar serta program kemahiran.

✔️ Aktiviti amal dan kebajikan pun ada, bantu orang susah, orang miskin dan anak-anak yatim.

✔️ Kami juga buat family day, aktiviti santai dan macam-macam lagi!

✔️ Kami juga ada kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti KEMAS, e-Rezeki, TEKUN Nasional, PUNB, SME Corp, Open University Malaysia, Kolej Komuniti dan lain-lain lagi serta mendapat sokongan dari kerajaan Negeri Perak.

✔️ Paling best kami ada bukak Pasar Malam untuk ahli-ahli berniaga dan tambah income..!

RUGI KALAU TAK JOIN JADI AHLI KAMI❗

✅ Anda sendiri boleh melihat FB Page kami di mana Pelbagai Aktiviti telah dijalankan bagi mencapai OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN INI..

✅ Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga adalah persatuan yang sah dan telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan Nombor Pendaftaran PPM-011-08-15042016.

✅ Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak terdiri daripada dari golongan PROFESIONAL, PENIAGA, USAHAWAN dan masing-masing memiliki KEPAKARAN yang boleh dikongsi bersama.

✅ Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga telah menubuhkan KOPERASI PUBI PERAK BERHAD, di mana menyediakan skim pinjaman mikro-kredit kepada ahli PUBI PERAK dan ANGGOTA KOPERASI.

KINI PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK MEMBUKA KEAHLIAN KEPADA SEMUA UNTUK MENJADI AHLI YANG SAH DAN BERDAFTAR

Apa lagi kelebihan kalau join PUBI Perak ini..?

👍 Peluang melebarkan jaringan dalam perniagaan.

👍 Peluang untuk menambah ilmu keusahawanan melalui program yang dianjurkan.

👍 Peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

👍 Mendapat maklumat terkini yg memberi manfaat perniagaan.

👍 Medium perantara dan sumber rujukan kepada keperluan dalam perniagaan.

KATEGORI AHLI:-

A. Ahli Biasa – Mereka yang tinggal atau beralamat di Ipoh

B. Ahli Bersekutu – Mereka yang tinggal atau beralamat di LUAR Ipoh.

(Nota: Ahli Bersekutu Tidak Boleh Mengundi Semasa Mesyuarat Agong dan Tidak Boleh Dilantik untuk Memegang Jawatan)

YURAN:

Yuran Masuk: RM50 (Sekali bayar)

Yuran Ahli: RM100 (Setahun sekali) Ahli akan mendapat Kad Keahlian & Diskaun untuk semua program anjuran PUBI Perak.

Kepada mereka yang ingin JOIN KAMI boleh daftar terus dengan mengisi Borang Pendaftaran ‘Online’ Keahlian PUBI Perak melalui link ini

 

Sebarang pertanyaan sila click link ini

Jom jadi sebahagian dari keluarga BESAR PUBI PERAK!’